KEYNOTE ADDRESS
DATO PADUKA HAJI HAZAIR HAJI ABDULLAH
SETIAUSAHA TETAP JABATAN PERDANA MENTERI
SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA EKSEKUTIF PROGRAM E-GOVERNMENT (EGPEC)
SEMINAR PERSEDIAAN BAGI PERLAKSANAAN PROJEK E-GOVERNMENT
INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM,
11 RABIULAWAL 1424/13 MEI 2003
Yang Amat Mulia, Yang Dimuliakan dan Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekelian.
Alhamdulillah, kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya jua bagi kita sama-sama berkumpul pada pagi ini bagi mengikuti Seminar Persediaan bagi Perlaksanaan Projek-Projek E-Government khusus bagi Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal projek e-Government dan perancangan IS/IT di Kementerian dan Jabatan masing-masing.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam serta kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.
Mudah-mudahan dengan adanya kehadiran Pengiran/Pehin/Dato/Datin/Tuan/Puan ke Seminar ini, perlaksanaan e-Government di dalam perkhidmatan awam ini akan dapat dikendalikan dengan lebih lancar lagi.
Hadirin yang dihormati sekelian,
Matlamat utama perkhidmatan awam negara ini, tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memberikan perkhidmatan dan pemedulian yang memuaskan kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri dari orang ramai dan sector swasta dan perniagaan di Negara Brunei Darussalam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengingatkan kita akan peri mustahaknya untuk sentiasa meningkatkan prestasi kerja dan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Ini jelas akan keperihatinan dan harapan yang Baginda letakkan terhadap jentera pentadbiran negara yang bertanggungjawab menyusun, merancang dan melaksana strategi pembangunan negara serta ummah di dalamnya.
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu dan produktiviti Perkhidmatan Awam di Negara ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah menekankan penggunaan dan perlaksanaan e-government yang berasaskan teknologi info-komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT dalam Perkhidmatan Awam yang akan menjadi pemudahcara proses-proses Perkhidmatan Awam di Negara ini.
Revolusi digital melalui Teknologi info-komunikasi ini merupakan satu ketumbukan atau force yang yang sangat kuat yang merubah cara hidup dan bagaimana kita melihat dunia.
Ia memberikan kepada kita dan anak-anak kita, akses yang terbuka kepada maklumat dan segala ilmu yang ada di dunia ini. Ia boleh membantu di dalam bidang pendidikan dan di dalam mendapatkan dan mengembangkan sains dan teknologi. Ia menjadikan prosis pekerjaan menjadi lebih efisyen dan pantas dan lebih murah. ICT merupakan sebagai salah satu cara bagi negara-negara untuk membangun dan melompat terus ke arah permodenan tanpa melalui peringkat-peringkat perkembangan yang dialami oleh negara-negara maju.
Di seluruh dunia, kerajaan-kerajaan melaksanakan berbagai bentuk program e-kerajaan untuk menjangkau dan berhubung dengan rakyat dan orang ramai. Kemunculan internet telah membolehkan kerajaan untuk mengenalkan perkhidmatan secara interaktif on-line kepada rakyat dan orang ramai pada bila masa dan di mana saja. Penggunaan ICT melalui e-kerajaan dapat meningkatkan keberkesanan dan efisensi di dalam kerajaan dan membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan dapat diberikan secara pantas dan perolehi dengan murah.
Walau bagaimanapun penggunaan ICT memerlukan kepandaian dan kemahiran yang baru, pemikiran yang baru dan perubahan dalam dasar-dasar sosial dan ekonomi. Revolusi maklumat ini membolehkan sesiapa yang sudah mahir akan menjadi lebih mahir dan maju ke hadapan. Kita perlu mempastikan bahawa negara ini tidak ketinggalan dalam perkara ini.
Kita mesti bekerja dengan lebih gigih lagi bagi mempastikan kita tidak akan ketinggalan di belakang. Dasar bagi mengadakan e-Government di dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan ini adalah untuk mempastikan bahawa negara ini akan dapat menggunakan tekologi yang tercanggih ini dan seterusnya mempastikan bahawa negara ini akan satu hari menjadi salah sebuah negara yang menerajui di dalam perkembangan ICT di rantau ini.
Adalah objektif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui e-government akan dapat memberikan perkhidmatan dan prosis pemerintahan (governance) secara on-line. Iaitu untuk mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam yang benar-benar efisien, efektif dan responsive serta dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan negara disamping memperkenalkan satu budaya kerja yang lebih berkesan dan produktif melalui perkhidmatan elektronik yang bebas dari kertas (Paperless Administration).
Hadirin yang dihormati sekelian,
Walaupun Perkataan e-Government sering didengar dan diperkatakan akan tetapi konsep atau pemahaman e-Government atau Electronic Government ini selalunya dilihat daripada satu kacamata yang terhad. Konsep pemahaman selalunya tertumpu kepada ‘Electronic Service Delivery’ dan kepada isu-isu seperti keselamatan, reliability, data protection ataupun access kepada maklumat yang pada umumnya adalah concern kepada infrastruktur ‘Information Society’.
Ini tidaklah menghairankan kerana isu-isu berasingan demikian adalah lebih senang difahami jika dibandingkan dengan perspectives sebenar e-Government yang lebih meluas iaitu penggunaan teknologi maklumat untuk membantu tindakan-tindakan dan prosis-prosis pentadbiran awam dan pemerintahan ataupun governance. Penggunaan e-Government sepenuhnya memerlukan pemahaman yang meluas dan memerlukan reengineering kesemua prosis-prosis pengurusan perkhidmatan awam, peraturan-peraturan dan dasar-dasar.
Perlaksanaan sepenuhnya e-Government memerlukan kita melihatkan daripada segi interaction awam dengan kerajaan melalui integrated access management dan single window service, prosis reengineering melalui merekabentuk semula organisasi atau redesigning organization; dan kerjasama yang sangat rapi dan rapat di antara semua agensi kerajaan melalui collaborative decision making.
Pada hemat saya, potensi e-Government tidak dapat dipersoalkan. Jika ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya, ianya boleh digunakan bagi peningkatan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam di dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan perniagaan. Ianya akan dapat menyumbangkan kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi. Ianya akan dapat membantu negara ini melompat terus ke arah tahap perkembangan negara-negara yang sudah maju.
Hadirin yang dihormati sekelian,
Walaubagaimanapun, dengan adanya ledakan teknologi info-komunikasi ini, kita haruslah juga sentiasa berwaspada dan peka terhadap risiko-risiko yang bakal dibawa bersama. Ini bermaksud anggota Perkhidmatan Awam itu bukan hanya dilihat sebagai pengguna malahan pentadbir kepada kemajuan ICT itu sendiri. Bagi kita untuk mengujudkan ‘knowledge society’ atau masyarakat yang berpengetahuan, kita perlu mempastikan bahawa terdapatnya critical mass penduduk negara kita dan kakitangan perkhidmatan awam yang telahpun dihubungkan ataupun ‘plugged in’ kepada society ini.
Melalui seminar serupa ini, kita perlu mencermin diri dan mengimbas kembali bagaimana penggunaan e-Government boleh membentuk perkhidmatan yang kita berikan dan curahkan kepada negara. Kita perlu menilai diri sendiri setakat mana perancangan dan pengendalian berbagai projek e-Government yang telah dan akan kita laksanakan benar-benar mencapai misi dan aspirasi Perkhidmatan Awam secara keseluruhannya.
Salah satu aspek yang perlu diberi penekanan bagi perlaksanaan e-Government ini adalah pengemaskinian terhadap sistem proses dan prosedur kerja. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan kerja yang bertindih-tindih dan seterusnya mempercepatkan proses membuat keputusan atau decision-making.
Ini termasuklah mana-mana urusan yang melibatkan perhubungan di antara Kementerian dan Jabatan kepada orang ramai (Government to Citizens atau G to C), kepada perniagaan (Government to Businesses atau G to B), kepada agensi Kerajaan lain (Government to Government atau G to G) ataupun kepada kakitangan perkhidmatan awam (Government to Employees atau G to E).
Dalam melaksanakan projek-projek e-Government ini, Perkhidmatan Awam haruslah sentiasa bersifat dinamik dan terbuka kepada keadaan semasa bagi membolehkan ianya memainkan peranan yang penting dalam membawa peralihan paradigma dan perubahan minda serta sikap yang positif dalam menghadapi arus modenisasi dan kesan globalisasi yang rancak berjalan pada ketika ini.
Kita juga bersyukur kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mempunyai dynamism yang berterusan dan berpandangan jauh dalam merancang dan mengusahakan program-program pembangunan dan perkembangan negara bukan sahaja demi meningkatkan mutu dan kualiti kehidupan rakyat malahan juga mengukuhkan kestabilan dan ekonomi negara.
Hadirin yang dihormati sekelian,
Seminar hari ini merupakan sebagai satu langkah untuk kita memahami dan mendalamkan lagi pengetahuan di dalam bidang e-Government. Seminar ini dihasratkan akan dapat membantu meningkatkan pemahaman tersebut. Melalui seminar dan bengkel-bengkel yang akan diadakan lagi selepas hari ini, syarikat perunding akan membantu setiap Kementerian dan Jabatan di dalam menyediakan perancangan e-Government dan IS/IT yang diperlukan oleh Kementerian dan Jabatan.
Perlaksanaan e-kerajaan adalah merupakan satu cabaran kepada kita dan tidak terdapat jalan pintas atau short-cut bagi perlaksanaannya. Perlaksanaan e-kerajaan bukan setakat berkisar kepada infrastruktur, hardwares, softwares dan aplikasi. Tetapi juga melibatkan tenaga manusia yang memanfaatkannya secara berterusan dan mempunyai kemahiran yang berterusan.
Beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian bersama di dalam mempastikan kejayaan perlaksanaan program e-kerajaan ialah perlunya kita mengambil perhatian kejayaan dan best practices atau amalan-amalan yang terbaik yang telah dilakukan oleh negara-negara yang telah berjaya dan bergerak maju dengan program e-kerajaan mereka dalam mana asas utama ialah:-
Peramba/Kaola/Saya berharap kita semua akan dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan masing-masing dan seterusnya menggunakan khidmat bantuan yang diberikan oleh syarikat perunding ini untuk merangka dan meneliti semula perancangan-perancangan e-Government dan IS/IT masing-masing.
Sebelum mengakhiri ucapan peramba/kaola/saya pada pagi ini, peramba/kaola/saya ingin merakamkan ucapan setinggi–tinggi penghargaan dan terima kasih dan tulus ikhlas kepada semua pihak yang telah bekerjasama bagi menjayakan Seminar kita pada pagi ini. Semoga usaha-usaha yang berkebajikan ini akan dapat mendorong kita untuk memberikan sumbangan yang bermakna dalam bidang pengurusan dan pentadbiran dalam Perkhidmatan Awam.
Sekian. Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.