SEMBAH
ALU-ALUAN
YANG BERHORMAT
PEHIN
ORANG KAYA AMAR PAHLAWAN
DATO
SERI SETIA AWANG HAJI ZAKARIA BIN
DATU
MAHAWANGSA HAJI SULAIMAN
MENTERI
PERHUBUNGAN
SELAKU
PENGERUSI
MAJLIS
TEKNOLOGI MAKLUMAT KEBANGSAAN
(BIT
COUNCIL) SEMPENA MAJLIS PELANCARAN
TAPAK
WEB RASMI BIT COUNCIL
Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan
Isnin,
17hb Rabiulakhir, 1422 bersamaan dengan
9hb
Julai, 2001
Mengadap Kehadapan Majlis,
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,
Yang DiMuliakan Pehin-Pehin,
Yang
Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap,
Pegawai-Pegawai
Kanan Kerajaan,
Perwakilan-perwakilan
tertinggi pihak swasta,
Para
hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKKATUH
BISMILLAHIR
RAHMANIR RAHIM
Dengan
penoh hormat dan takzim, hamba Duli Tuanku mewakili pihak penganjur Majlis
Pelancaran Tapak Web Rasmi Majlis
Teknologi Maklumat Kebangsaan pada pagi ini, menyembahkan perasaan amat berbesar
hati dan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya jua diatas kesudian Duli
Tuanku berangkat ke Majlis ini dan seterusnya merasmikan Tapak Web Rasmi Majlis
Teknologi Maklumat Kebangsaan. Keberangkatan Duli Tuanku ke Majlis Pelancaran
Tapak Web ini merupakan detik-detik yang sangat bersejarah dalam perkembangan
teknologi infokomunikasi di Negara ini.
Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan
Negara Brunei Darussalam telah pun meluluskan penubuhan satu Majlis yang digelar
Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam,
atau dikenali sebagai “BIT Council”. Badan ini
khusus ditubuhkan untuk membimbing dan memudahkan perkembangan strategik dan
penerapan teknologi-teknologi maklumat terkini bagi seluruh negara dan meneroka
sepenuhnya potensi penggunaan teknologi maklumat bagi kesejahteraan dan kemakmuran Negara.
Peranan
utama Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan ini
ialah sebagai leading entity yang membantu melaksanakan
strategi-strategi dan rancangan-rancangan tindakan kebangsaan serta membimbing
Sektor Awam dan Swasta berinteraksi secara bersepadu dalam penggunaan teknologi
maklumat di Negara ini. Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan ini juga akan
bertindak sebagai penggerak bagi mencapai
wawasan, misi dan matlamat-matlamat Perancangan Strategik Teknologi Maklumat
Tahun 2000 dan Seterusnya, atau dikenali dengan “IT Strategic Plan
2000 and Beyond”.
Bagi
mengendalikan aktiviti-aktiviti Majlis Kebangsaan ini, satu Sekretariat yang
digelar Sekretariat Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Negara Brunei
Darussalam, atau dikenali sebagai
“BIT Secretariat” telah ditubuhkan dimana Jabatan Teknologi Maklumat
dan Stor Negara, Kementerian Kewangan dengan bantuan Kementerian Perhubungan
adalah selaku pentadbir sekretariat ini.
Dengan
pelancaran Tapak Web Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan ini, maka akan
dapatlah Majlis ini menampilkan dan menyebarluaskan lagi perkembangan
aktiviti-aktiviti yang berhubungkait dengan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan;
dan yang penting sekali menyalurkan informasi dan penyertaan interaktif kepada
pihak awam khususnya.
Antara
inisiatif-inisiatif utama yang dijalankan oleh Majlis Teknologi Maklumat
Kebangsaan ini ialah pelaksanaan satu pelan tindakan strategik bagi
menggalak penggunaan IT di kalangan Kementerian-Kementerian,
Jabatan-Jabatan dan Agensi-Aagensi Kerajaan
oleh satu jawatankuasa iaitu “E-Government Program Executive
Committee” yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana
Menteri. Pelan tindakan ini akan mendokong pencapaian matalamat yang dihasratkan
di dalam Wawasan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam Abad Ke21.
Begitu
juga satu jawatankuasa yang digelar “E-Business Program Executive Committee”
telah dibentuk bagi melaksanakan pelan tindakan bagi mendorong penyerapkan dan
penggunaan IT dikalangan pihak swasta serta penglibatan dan hubungan antara
pihak swasta dengan pihak kerajaan dengan agensi-agensi kerajaan yang difikir
besesuaian.
Memandangkan
perkembangan teknologi info komunikasi semakin meluas di Negara ini khususnya
dalam penggunaan Internet bagi urusan sektor kerajaan dan swasta,
maka, Kerajaan baru-baru ini telah memperkenalkan satu undang-undang yang
digelar “Electronic Transaction Order 2001 (ETO)”.
Undang-undang
baru ini adalah satu instrumen yang penting dalam menggalakkan penggunaan media
elektronik dalam urusan-urusan pentadbiran Kerajaan dan urusan-urusan perniagaan.
Pengaktaan undang-undang ini merupakan satu langkah untuk menjamin keselamatan
dalam pengendalian urusan-urusan rasmi atau pun urusniaga yang dilakukan melalui
Internet. Langkah ini juga adalah selaras dengan hasrat Majlis Teknologi
Maklumat Kebangsaan untuk memperkasakan teknologi maklumat di dalam perkhidmatan
awam melalui e-Government dan di dalam sektor swasta melalui e-Business.
Didalam
kesempatan ini, hamba Duli Tuanku sukacita menyembahkan bahawa satu Seminar yang
bertemakan “Towards a Paperless Society” akan diadakan pada
lewat pagi ini, dimana dua penceramah undangan daripada luar negeri akan
menyampaikan taklimat daripada pengalaman negeri masing-masing dalam bidang ini.
Sempena Majlis Pelancaran ini juga akan diselajurkan dengan satu “Pameran
Kecil” yang khusus diadakan bagi mempamirkan kemajuan teknologi-teknologi
terkini yang dibawakan oleh pihak swasta tempatan dan luar negeri.
Buat
mengakhiri sembah alu-aluan ini, abis hamba Duli Tuanku,
selaku pihak penganjur Majlis Pelancaran Tapak Web Rasmi bagi Majlis
Teknologi Kebangsaan (BIT Council), sekali lagi dengan hormat dan takzimnya
menyembahkan berbanyak-banyak
menjunjung kasih jua diatas
keberangkatan Duli Tuanku
ke Majlis ini dan seterusnya merasmikan Tapak Web Rasmi Majlis Teknologi
Maklumat Kebangsaan.
Sekian.
Wabillahhitaufiq Wal Hiddayah, Wasalammualaikum Warahmahtulllahi
Wabarakkatuh.